Wednesday, 2 March 2016

BUKAN GAGAL TAPI BELUM CEMERLANG LERRRR

Graduation MBA, University SunShine Coast Australia
DULU masa AD kecik-kecil (kecil-kecil) sering dimomokkan dengan kata-kata "hantu" sehingga memomokkan minda AD supaya sentiasa takut.  "Main lerr jauh-jauh nanti kena culik baru tahu, haaa gi ler sana biar polis tangkap, pegi lah...pergi lah...lipas gigit dia".  Bila kita nak keluar malam sikit ke depan rumah jek, orang-orang tua atau kakak-kakak dan abang-abang akan kata " pegi lah ada hantu kat depan tu" dan sebagainya.  Kesannya ia membawa satu fenomina yang cukup kuat dalam hidup kita.  Sehingga sekarang kita tidak mempunyai keberanian untuk jalan jauh disebabkan takut "diculik" sedangkan pekara-pekara seperti itu kebarangkalian amat jarang berlaku apa tah lagi kita ni "no body", kesanya juga kita menjadi gentar apabila melihat polis kerana takut ditangkap atau disaman sedangkan jika kita tak melakukan kesalahan kenapa harus gementar.  Jika buat kesalahan kecil sekali pun kenapa harus lari sehingga membahayakan keselamatan diri sedangkan jika ditahan dan didapati salah sekali pun lebih-lebih kita kena saman.  Kita juga menjadi takut dan geli dengan lipas, makhluk yang dicipta lebih kecil dari kita dan tidak berbisa pun.  Kita akan menjadi takut untuk keluar malam (di kampung-kampung yang gelap) kerana dikhuatiri terserempak dengan "makhluk" itu yang pada asasnya masih kabur penjelemaannya.  Minda kita akan "dipaku" dengan perasaan takut sehingga menyukarkan kita mengubah persepsi.  Begitu juga dengan minda gajah yang selalu AD kongsi cerita ketika sesi berkongsi motivasi.  Gajah sedari kecil diikat kakinya dengan rantai kecil dan halus. Di ajar agar tidak boleh bergerak bebas agar ia menurut kata penjaga.  Hanya borgoyang kekiri dan kanan kerana tambatan kakinya.  Akhirnya bila membesar dengan rantai yang sama, gajah masih tidak boleh merentap dan memutuskan rantai yang sama.  Sedangkan, waktu ini gajah mempunyai tubuh yang besar dan tenaga yang kuat.  Akal kita juga akan bersetuju jika gajah merentap ikatan pada kakinya yang diikat dengan rantai yang kecil itu, pasti rantai akan putus.  Namun gajah diajar dan ditanam dalam minda mereka sejak kecil lagi bahawa di tidak akan terlepas dari ikatan rantai tersebut.  Akhirnya gajah jadi akur dan mempercayai bahawa ia tidak boleh diubah dan menjadi takut..

TAHNIAH KEPADA YANG CEMERLANG, BERUSAHA LAGI BAGI YANG BELUM CEMERLANG
BERBALIK kepada prsoalan pokok yang AD nak bagi kat mereka yang akan mengambil keputusan peperiksaan besar seperti SPM dan STPM ni.  Jangan jadikan keputusan yang kurang cemerlang tu sebagai satu "momokan" lagi malah jadikan ia sebagai satu penanda aras untuk berkerja lebih kuat lagi.  Ia hanya permulaan dan elemen belum cemerlang ini bukan penanda aras kegagalan untuk selama-lamanya.  Ia hanya satu signal atau sign peringatan kepada kita supaya berkerja lebih keras lagi.  Dalam catatan AD yang lepas AD ada bagitahu bahawa "APA YANG KITA ADA HARI INI ADALAH HASIL PERILAKU KITA DI MASA YANG LEPAS" bererti keputusan yang kita dapat pada hari ini adalah hasil kerja keras kita di masa yang lalu.  Jika kita belum cemerlang bererti perilaku kita yang lepas juga menunjukkan usaha kita perlu dikemaskinikan lagi.  Dan jika kita mendapat keputusan yang baik bererti kita mempunyai perilaku serta tindakan yang bersistem terhadap cara pembelajaran kita.  Ada orang kurang membuat ulang kaji dan kelihatan seolah-olah tidak belajar namun mendapat keputusan yang cemerlang.  Ini bermakna mereka bukan tak belajar tetapi mereka mengamalkan satu sistem pembelajaran yang efektif.  Ada orang yang menjadi ulat buku dan siang malam belajar namun agak sukar menyimpan data di dalam memory mereka yang akhirnya belum tentu mereka mendapat keputusan yang cemerlang yang diinginkan.  Pasti kecewa bukan?  Ini mungkin disebabkan mereka ini mengamalkan tekanan di dalam mengulangkaji pelajaran disebabkan takut dimarahi oleh kedua ibubapa atau memaksa diri sendiri untuk belajar tanpa mengamalkan satu sistem pembeljaran yang efektif.  AD di waktu alam persekolahan dulu jatuh di dalam katogeri nombor dua... mcm nak rak membaca buku tetapi sukar untuk disimpan di dalam kotak memory minda...hehehehe.  Sebab itu AD tidak begitu cemerlang di dalam pelajaran.  Semua keputusan AD tidak lah teruk serta cukup membolehkan AD memohon masuk universiti sahaja...alhamdullilah.  Perjalanan AD dalam pelajaran bukan ler di antara manusia yang selalu masuk surat kabar atau TV atas kecemerlangan pelajaran AD... namun  semuanya tersusun rapi dari "starting point towards the end" berjalan seperti yang dirancang.  Malah melihat kedudukan hari ini ramai di antara kawan-kawan AD yang rata-rata mempunyai kelulusan cemerlang dan memasuki universiti "berjenama" melihat  kejayaan AD melebihi kejayaan mereka.  Look guys, your attitude will change your action...at the end will change the output (tak kira lerr apa yang kita buat).

KEPADA ADIK-ADIK YANG SUDAH MENGAMBIL KEPUTUSAN
Kepada adik-adik yang belum cemerlang, jangan gundah gulana yek..!!!.  Dari mana kita datang itu tidak penting, namun keadaan kita hari ini dan esok itu lebih bermakna.  Belum cemerlang hari ini bukan berakhirnya hidup kita... ia hanya satu permulaan yang hebat untuk diubah agar menjadi lebih hebat untuk hari esok dan hari-hari selepasnya.  "Change your attitude will change your thinking style, your thinking style will change your behaviour, your behaviour will change your action, your action will change the result". Bagi yang cemerlang, adik-adik sebenarnya mempunyai  tugas yang amat berat iaitu mengekalkan kecemerlangan dan mengekalkan kejuaraan. Jangan sampai ada sahabat-sahabat kita yang belum cemerlang ini memintas "takhta" kita.  Kekalkan kejuaraan itu seadanya.

KEPADA IBUBAPA KEPADA ANAK-ANAK
AD selalu berpesan kepada anak-anak AD.  Anak-anak AD tak pernah tersenarai di kalangan mereka yang mendapat rekod 10 pelajar terbaik disekolah.  Mereka tak pernah naik stage mengambil sebarang anugerah kecemerlangan.  Mereka yang naik di atas stage itu adalah di kalangan mereka yang terpilih.  Isteri AD selalu membebel pada anak-anak jika tidak membawa balik keputusan yang baik  dan sering memberi contoh anak orang lain yang begitu cemerlang.  AD selalu mempertahankan anak-anak AD walaupun pada hakikatnya AD selalu memberi "ceramah percuma" pada mereka. Kita tak boleh bandingkan kejayaan anak-anak orang lain terhadap keupayan anak-anak kita.  Banyak faktor penyumbang yang lain yang menjadikan keupayaan anak-anak kita berbeza dengan mereka.  Persoalan yang selalu AD ajukan ialah :-

1) Adakah setiap hari kita mengambil "peranan guru" ketika anak-anak di rumah?  Guru mempunyai beratus anak murid di sekolah, dan mengajar sama rata mengikut kesaksamaan semua anak murid.  Sedangkan kita di rumah boleh memberi tumpuan penuh kepada anak sendiri - jika kita tidak mengambil peranan guru di rumah jangan sentiasa menyalahkan orang lain jika anak-anak kita belum cemerlang dan perbaiki sistem cara hidup kita dengan anak terlebih dahulu.  Guru melihat anak murid sebagai anak bangsa yang perlu dibangunkan demi sumber tenaga negara sedangkan kita sebagai ibubapa harus lebih fokus dan lebih memberi tumpuan kerana mereka itu anak kita, masa depan mereka dan kita.  Kalau kita kurang memberi tumpuan kepada anak-anak dan keputusan mereka belum cemerlang... siapa juga yang harus dipersalahkan..?

2) Bagi yang tidak berkemampuan mengajar sukatan pelajaran di rumah sama ada kita sendiri kurang pengetahuan atau kesebukan berkerja - mungkin boleh melihat anak-anak mereka yang cemerlang.  Mereka sanggup menghabiskan wang dan ringgit menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tution yang baik.  Sedangkan kita membiarkan anak-anak bermain tanpa kawalan. Ada juga anak-anak dari segi mindanya dianugerahkan kelebihan lebih sedikit oleh Maha Pencipta.  Alhamdullilah itu rezeki mereka.  Untuk kita yang mungkin belum termakbul doa-doa kita ni jangan kecewa dan berusahalah dengan cara yang sebaik mungkin untuk mereka.  Allah amat sayang kepada hamba-hambanya yang terus berusaha dan berdoa... jika kita tak mahu melakukannya dan ika anak belum cemerlang, siapa yang harus dipersalahkan....?

3) Berkira - Untuk menghantar anak belajar di kelas tambahan bagi memberi tumpuan lebih bukan murah.  Satu subjek paling murah pun RM40 sebulan dan jika ada 3 atau 4 subjek teras yang penting  dah RM160.  Ia dianggap satu pelaburan yang mahal dan tidak berkemampuan.  Namun untuk melanggan ASTRO yang bernilai RM200++ sebulan ia dianggap satu keperluan.  Belum lagi kita membelanjakan bil handphone yang bernilai melebihi RM100, membeli bayaran ansuran untuk peralatan yang tidak bermenafaat, belum lagi sentiasa membeli keperluan diri yang kurang penting dan mahal-mahal, juga belum termasuk peruntukan percutian kita dalam tahun di mana anak-anak mengambil peperiksaan.  Maka jika kita mementingkan keperluan lain melebihi keperluan pelajaran anak-anak.  Jangan bersunggut atau mengeluh jika apa yang kita harapkan tidak kita perolehi..

4) Tekanan- Jangan berikan terlalu banyak tekanan kepada anak-anak.  Mendidik mereka biar seperti kawan dan selalu bercakap sebagai seorang kawan.  Jika mereka buat silap, tegur seperti mana kawan tegur.  Jika mereka cemerlang...celebrate kejayaan mereka walaupun mereka hanya memabawa balik 3 atau 4 A.  Harus diraikan sebagai menghargai kemampuan mereka.  Sekurang-kurangnya mereka lebih cemerlang dari mereka yang kurang baik keputusannya.  Supaya mereka tidak merasa rendah diri kepada orang yang lebih cemerlang.  Supaya mereka akan lebih berusaha bersungguh-sungguh di kemudian hari.  Kita tidak perlu membebel tiap-tiap hari jika anak-anak tidak memegang buku pada hari-hari tertentu.  Sebagai kanak-kanak/anak remaja mereka juga memerlukan ruang untuk bermain, berjumpa kawan-kawan atau melakukan aktiviti sihat yang mereka minati.  Jangan bagi tekanan kerana ia akan membuat sel-sel otak mereka tertekan yang akhirnya mereka akan terasa tertekan.  Ini satu pekara yang kurang sihat dan tidak baik untuk mereka.

Dan banyak lagi faktor-faktor penyumbang lain yang memberi kesan kepada perkembangan pelajaran anak-anak.

AD sering berdamping dengan anak-anak AD yang sentiasa memperolehi keputusan purata yang memuaskan.  AD tidak menggunakan elemen "forcing factor"  kepada mereka namun AD sentiasa menggunakan 'goal or target factor" untuk mereka mencapai impian mereka.  Sebagai contoh SPM AD kata minimum target cuba dapatkan 5A pada subjek teras sebab AD faham kemampuan anak-anak AD tak sama dengan anak-anak org lain yang lebih cemerlang berasaskan keputusan penggal yang mereka terima.  AD tak kata "kau mesti dapat 9A", yang mana itu merupakan satu forcing factor.  AD kata lagi kalau boleh dapat 5A ke atas ia satu pencapaian bonus.  AD tahu kekuatan dan kelemahan anak-anak AD dan AD cuba meningkatkan kekuatan mereka itu dan mengurangkan kelemahan mereka.  Akhirnya mereka dapat 4A dalam semua subjek teras wajib mereka...alhamdulliah kedua-dua anak AD sudah berada di dalam universiti (UITM).  Sekarang AD cuma memberi mereka "goal setting force" dengan menetapkan CGPA 3.0 ke atas, jangan biarkan CGPA menurun di bawah paras 3.0.  Setakat ini mereka akur dan tidak mengecewakan AD.  Bila anak-anak dah remaja pendekatan dan layanan percakapan juga harus dibezakan dengan kanak-kanak sebab mereka sudah dewasa dan remaja serta sudah pandai menentukan mana baik dan buruk..Jika anak-anak membawa balik keputusan peperiksaan tidak begitu cemerlang, jangan membebel sebab ia tidak akan mengubah keputusan peperiksaan tu.  Sekurang-kurangnya mereka lebih cemerlang dari orang lain yang belum diberi kesempatan untuk cemerlang.  AD celebrate keputusan mereka seolah-olah mereka mendapat 9A. Beri mereka hadiah yang semampunya sebagai sesuatu yang boleh mereka ingati sepanjang hidup mereka. Belanja mereka makan di luar semampunya dan ketika itu beri mereka semangat.  Budaya mengucapkan TAHNIAH harus ditanamkan kepada kita walaupun anak kita membawa balik 1A, sekurang-kurangnya mereka ada membawa balik A berbanding mereka yang tak ada langsung bawa A.  Ia secara tidak langsung memberi rangsangan kepada anak-anak supaya membawa balik banyak A lagi di masa hadapan.  Apa yang belaku sekarang ini, bila anak-anak membawa keputusan kurang memuaskan (kurang memuaskan itu sangat-sangat subjektif dan bergantung kepada harapan dan jangkaan ibubapa) maka kata-kata sinis yang biasa diberi..." Haaa...tu la belajo rajin sangat, haa tu lerrr asyik bercinta jek, haaa tu laaa belajo malas, kerja malas, haaa tu laaa main-main lagi, haaa tu lerr belajo tak pandai, pas ni aku kawinkan jek diaaaa"... dan blablabla.

Ingat ... kita harus berbangga dengan kemampuan anak-anak kita seadanya setelah kita melihat usaha yang mereka lakukan.  Kalau nak membebel pun sebelum peperiksaan sebagai peringatan.  Kita pun dulu macam tu juga dan emak bapak kita pun membebel macam kita juga... kita pun sama keras kepala. Masuk telingga kiri keluar telingga kanan.  Cakap mereka selalu kita sanggah dan kita juga mungkin ada perangai memberontak juga bila selalu dibebel cuma kita tak suarakan sebab takut hahahaha.  Kalau dulu kita teruk dan kita tenggok pencapaian anak-anak kita lebih baik... bersyukur lah sebab kita dulu pun tak mampu memperolehi apa yang mereki perolehi sekarang.  Sepatutnya kita ucapkan tahniah sebab keputusan mereka lebih baik dari kita.... larikkkkkkkkk.

AKHIR KATA
Terus berusaha baiki kelemahan diri kita sendiri di dalam mendidik anak-anak jika kita ingin melihat mereka cemerlang.  Buktikan kepada mereka dahulu perilaku kita terhadap kecemerlangan agar kita menjadi ikutan serta ikon kepada mereka.  Tidak ada istilah terlambat dan tak ada istilah terlewat.  Sebab darah yang ada pada anak-anak kita adalah darah daging kita ... baka kita dan mereka juga cermin kita di masa lampau.  JIKA ANAK KITA BELUM BERJAYA, JANGAN KECEWA DAN RENDAH DIRI...kerana perjalanan mereka masih jauh.  Apa yang berlaku hari ini tidak penting kerana ia sudah berlalu, apa yang kita nak buat dan rancang untuk mereka di masa akan datang itu lebih penting demi kecemerlangan mereka.

BAGI YANG SUDAH CEMERLANG, jangan alpa dan leka sebab ada sahaja manusia-manusia yang ingin cemerlang sedang memerhati dan mengejar anda... jangan sampai teringgal di belakang.  Untuk mengekalkan kejuaraan itu satu tugas yang amat berat berbanding yg belum juara.  Kerana yang belum juara sentiasa berusaha untuk memotong dan jika tak berjaya, itu kelaziman.  Namun jika si juara rebah ke terbelakang... orang akan mengata...tu lerr pecut cepat sangat...dah "cramp".  Biar berlari anak pelahan-pelahan dan bila sampai masa pecuttttt....

SELAMAT MAJU JAYA SEMOGA BERJAYA DI DUNAI DAN AKHIRAT

"Ala kita kan Adikberadik"

~Abg Duta~



SIAPA ANDA PADA HARI INI ADALAH HASIL PERILAKU SIKAP DAN TINDAKAN ANDA DI MASA LAMPAU


JOMMM TEROPONG...


PILIHAN? Ya, di dalam kehidupan apa sahaja yang berlaku adalah pilihan yang yang telah putuskan oleh kita.  Kita diberi ruang secukup-cukupnya untuk memilih.  Memilik untuk berfikir, memilih untuk menganalisa, memilih untuk membuat keputusan. Apakah kerjaya yang kita ingin ceburi, dengan siapa yang kita ingin berkahwin, di mana kita ingin tinggal, apa yang ingin kita lakukan pada hari ini, apa perancangan kita untuk hari esok dan paling penting APA YANG INGIN JADI PADA MASA HADAPAN adalah pilihan yang kita buat. Ini sahaja kebebasan yang kita ada di dalam hidup iaitu kebebasan untuk memilih. Bagi mengungguli kejayaan dan impian yang ingin kita capai, kita akan menjadi "hamba" kepada apa yang kita pilih. Segala usaha kita akan kita gembling dan pusatkan ke arah pekara yang ingin kita capai dan itu yang dinamakan daya usaha pemusatan (centered efforts).  Selebihnya Allah ayang akan menentukan.  Sesuatu yang amat spiritual dan bukan di bawah kawalan kita.

"TODAY'S DECISIONS FOR THE REST OF YOUR LIFE" (John C. Maxwell, Penulis dan juga Motivator)

Apa yang cuba ingin dikongsi di sini adalah hasil pembacaan dan pengalaman AD sebagai tenaga pengajar korporat (Corporate Trainer). Perkongsian ilmu adalah lebih bermanafaat apabila ia dikongsi dengan orang lain agar ia dapat memberi rangsangan atau panduan (guidance) untuk direnung, diteliti dan diamal jika ia terbukti kebenarannya. Jika diperhatikan beberapa pembuktian di bawah ia sedikit sebanyak boleh membuat kita memahami akan kebenarannya:-

SIKAP KITA ADALAH PILIHAN KITA
Kebarangkalian persekitaran kita bukan pilihan kita namun cara dan sikap kita untuk berhadapan dengannya adalah pilihan kita.

"Kita tidak boleh membiarkan persekitaran mengawal kita dan kitalah yang yang perlu mengawal persekitaran kerana kita mempunyai PILIHAN"

Kita mungkin pernah mendengar alasan bagi orang yang "tidak berjaya" kepada orang yang "sudah berjaya". Mereka mengatakan mereka yang sudah berjaya itu mempunyai "nasib yang baik" (just a luck) sedangkan mereka tidak menyedari bahwa perkataan yang mereka gunakan itu mempunyai implikasi kepada otak dengan mengatakan "tunggu, mungkin belum nasib aku lagi" atau "dah takdir aku". Sebab itu perkataan yang kita gunakan memberi rangsangan dorongan kepada apa yang kita lakukan. Kenapa perkataan "Tidak Berjaya" tidak boleh diganti dengan "Belum Berjaya". Bukankah dengan mengambil kira perkataan "belum berjaya" itu akan mempengaruhi kita untuk berkerja lebih kuat lagi sehingga boleh menjadi seorang yang berjaya. Tiada bezanya si "winner" dengan si "Loser", yang membezakan hanyalah si winner sentiasa mencari ruang dan peluang sedangkan si loser hanya menunggu ruang dan peluang.

Kita kerap membuat ekperimen (experiment) dengan menjadi pemerhati (observer) dan bukan sebagai pelaku (doer) dan kita membiarkan rakan-rakan kita mencuba sesuatu dengan mengatakan "kau cuba dulu, esok bila kau dah berjaya aku ikut". Sikap ini juga ayang akan menentukan antara si winner dan si loser.  Namun diperakui dan dipersetujui juga bahawa apa sahaja yang kita lakukan bukan di atas dasar melihat orang lain melakukan sesuatu lalu berjaya dan kita harus melakukan pekara yang sama.  Apa yang AD maksudkan di sini ialah perilaku kesungguhan dan perilaku pemikiran. Namun, subjek (pekara yang ingin dilakukan) mungkin berbeza....

ADALAH MUDAH UNTUK MENGEKALKAN SIKAP YANG BAIK DARIPADA UNTUK MENDAPATKAN SEMULA.
Kebanyakan permasalahan di dalam mengejar kejayaan adalah dengan adanya sikap negatif di dalam diri manusia. Sering melihat sesuatu usaha atau kejayaan itu dipengaruhi oleh satu faktor sahaja. kajian secara rawak terhadap peserta-peserta yang menghadiri program pembangunan usahawan yang AD jalankan, kebanyakan mereka apabila ditanya kenapa orang kita tidak boleh berniaga? atau kenapa tidak mahu berniaga?, jawapan yang "stereotype" mereka berikan iaitu tiada modal, kerajaan memberi modal terpilih hanya kepada golongan tertentu, tak mahu ambil risiko, tiada pengalaman, malas, dah terlambat, tidak berpelajaran dan sebagainya. Ia merupakan sikap yang tidak baik dan jika ini dikekalkan ia akan menjadi satu halangan yang paling besar untuk kita keluar dari kepompong kemiskinan kita sendiri. Adakah semua perniagaan itu perlukan satu dana yang besar? Sedangkan jika satu dana yang besar diberikan sekali pun jika tidak tahu untuk mengurus ia akan musnah begitu sahaja. banyak jenis perniagaan kecil-kecilan yang boleh dilakukan dan jika ia diurus dengan baik hasilnya lebih hebat dari jenis perniagaan yang besar. Sebagai contoh perniagaan trading, mengambil barang dari orang lain untuk dijual kepada orang lain. Jika kita mempunyai kepakaran perundingan (negotiation skills), malah kita tidak perlukan modal sedikit pun. Menggunakan kelebihan orang lain dan sedikit usaha kita menggunakan ruang dan peluang akan menjadikan kita bergelar usahawan yang membawa pulangan. Apa yang penting membawa satu contoh barangan untuk dibentangkan kepada pelanggan dan apabila pelanggan berkehendak, kita hanya mengambil pesanan dan ambil pembayaran ketika penghantaran atau sebaliknya. Itu yang dinamakan "work smart"...

"Tidak ada seseorang pun yang boleh mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri"

SIKAP KITA MENENTUKAN MASA DEPAN KITA
"Apa yang ada pada kita pada hari ini adalah disebabkan sikap kita dan usaha kita di masa yang lalu.  Jika kita berjaya pada hari ini  ia juga disebabkan usaha kita dan perilaku kita di masa yang lepas.  Jika kita belum berjaya pada saat ini juga merupkan sikap dan perilaku kita di masa yang lepas.  Dan jika kita merangka sesuatu di masa hadapan juga ia bermula daripada perubahan sikap dan perilaku kita di masa sekarang (Sebagai muslim kena percaya semuanya sudah tertulis namun jika kita ingin perubahan Allah dah kata berusaha dan terus berusaha, tawakal dan berdoa.  Maka Allah akan perkenankan doa-doa hamba-Nya yang meminta dan berdoa. AD percaya ugama lain juga mempunyai konsep takdir dan kosep berdoa mengikut kepercayaan mereka) dan juga adalah disebabkan oleh tindak tanduk kita serta sikap kita pada hari ini"

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah setapak dan jika kita tidak melakukan sesuatu pada hari ini bermakna esok juga kita akan melalui pekara yang sama yang ada pada hari ini. Pembuktian kejayaan seseorang itu sebagai seorang usahawan bukan semata-mata disebabkan dari segulung ijazah. Ia banyak diterjemahkan dari sikap seseorang itu terhadap usaha dan kerja keras dan melihat perniagaan itu sebagai sesuatu kerjaya yang meyakinkan.

NOTA PERKONGSIAN: Bagi yang telah berjaya dalam perniagaan jangan lupa:-
1. Terus berzakat perniagaan dan bersedekah kerana rezeki yang ada dan diberi oleh-Nya memang untuk dikongsi kepada mereka yang kurang berkemampuan.

2. Terus menyumbang, menyokong dan membimbing rakan usahawan yang lain dengan pelabagai cara seperti menyalurkan ruang dan peluang yang ditemui kepada rakan-rakan usahawan yang lain jika itu bukan jenis perniagaan kita. Memberi tip-tip berguna kepada rakan usahawan tentang selok belok perniagaan. Atau, ia boleh sahaja dijadikan rakan strategik perniagaan berdasarkan faedah "menang-menang" (WIN-WIN).

3. Sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan rakan usahawan yang lain. Hubungan yang strategik ini sudah pasti melebarkan lagi perniagaan kita di masa hadapan.

~INGAT!!!! KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL PADA HARI INI AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN KITA~

"Ala kita kan Adikberadik"

Tuesday, 1 March 2016

BERHENTI MENGHARAP ORANG LAIN MENGUBAH HIDUP KITA

AD... ketika sesi memberi ceramah
ZAMAN SEKARANG sukar nak cari manusia yang ingin membantu kerana Allah. AD kat sukar bukan tak ada, kalau ada pun ia ibarat sekecil berlian di tengah-tengah hamparan pasir di tepi pantai. Jika kita nampak ada manusia yang berhati mulia yang melakukan seperti itu, semoga Allah terus merahmatinya. Apa yang kita nampak sekarang ini ramai yang melakukan satu kebaikan untuk mendapatkan satu kebaikan yang lain. Pun tidak salah kerana Allah dah janji sedemikian rupa. Satu kebaikan yang kita lakukan, Allah akan melipat gandakan Rahmat-Nya. Apa yang AD nak kongsi di sini ialah perangai yang meminta-minta dan mengharap-harap. "Allah tidak akan ubah naib sesuatu kaum, melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri" dan Allah tidak akan mengubah kita melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Allah dah janji... itu yang AD kongsi di dalam catatan yang lepas. Allah telah berjanji `Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan' (QS Al Shirah/Al Syarh 1-8 (Berlapang dada). Jangan hanya membaca ayat 6 sahaja dan bacalah hingga kepenghujungnya (ayat 7 dan 8) dari surah yang sama. Ayat 8, Allah dah kata "serahkan" pada Dia dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

6. SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN
7. Apabila engkau TELAH SELESAI (daripada sesuatu amalan yang solleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau BERUSAHA.
8. Dengan kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap.

AD menulis bukan ditaja dan bukan juga mengharapkan satu balasan dan bukan juga diupah.  Ia ibarat memberi "complementary"untuk santapan atau bacaan ringan  Makan nasi di kedai diberi ulam pecuma tanpa bayaran.  Namun sekarang ni, ulam pun kena bayar... nothing is free in this world hehehehe.  Apa yang AD tulis ni adalah dari cara pemikiran AD sendiri dan tidak semestinya ia dipersetujui oleh orang lain kerana manusia itu pelabagai dan mempunyai penyataan dan pemikiran yang berbeza.  Pun bila ada sesuatu yang baik itu kita harus terima, penjelasan yang terperinci itu...fikir-fikirlah sendiri hehehehehe

PERSEKITARAN HIDUP DAN SEMANGAT

AD dilahirkan dari kalangan 11 adikberadik, semua belajar tak tinggi.  Banyak kerja yang AD buat di zaman remaja.  AD pasti kau orang pun mempunyai banyak pengalaman yang lebih pahit dari AD dan lebih berjaya dari AD.  AD tak kata AD dah berjaya tetapi AD ada keinginan untuk berjaya (Which is everybody has).  Waktu remaja AD amat susah, bapa berkerja sebagai buruh tidak kekal, ibu mengambil upah mencuci kain.  AD bersekolah jalan kaki 4km pergi dan 4 km balik ketika sekolah menengah rendah dan berbasikal 10 km pergi dan 10 km balik ketika sekolah menengah atas. Habis sekolah AD berkerja buruh, berkerja di kedai perabut, berkerja sebagai "security guard", menjaja kuih kecil-kecilan.  jangan kata AD tak buat 2 atau 3 kerja dalam satu masa.  Lebih teruk kerja AD dari Bangla atau buruh Indon.  AD dah nampak banyak pekara dan AD dah dengar banyak suara.  Namun kalau kita nak berjaya kita kena jadi "katak yang pekak" dan pedulikan katak lain yang bising.  Kita terus melompat dan terus melompat sampai berjaya sedangkan katak yang memekak itu lemas di dalam hujan dan akhirnya "mati katak". Tak ada orang lain yang akan membantu kita melainkan diri kita sendiri.

MENGEMBARA SERTA PENAFAATAN

AD berhujrah ke Kuala Lumpur tahun 1989 setelah habis tingkatan enam.  Berbekalkan STPM (5P) AD menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.  Waktu tu pekerja warga asing boleh dikira dengan jari.  Siapa yang "berani" buat kerja-kerja berat dan dikatakan jijik dan kotor tu.  AD ler juga bersama warga yang lain.  Orang kata dan arwah bapak AD pesan... org jawa memang kuat merantau tuk mengubah nasib.  Bapak kata lagi, anak jantan kena merantau supaya dapat melihat dunia ini dengan luas.  Dia kata lagi, anak jawa kuat berkerja dan tunjukkan juga kepada orang lain tentang persepsi tu.  Dari 11 adikberadik, AD keluar dari kempompong sebab kalau AD tak keluar dari kepompong tak ada orang yang akan mengubah nasib AD di kampung.  Abang-abang ikut berhijrah dengan cara mereka.  Mereka mengambil cabaran memasuki Felda kerana minat tani mereka.  Kakak-kakak kawin ikut suami masing-masing.  AD nak jadi apa...? memilih untuk merantau ke Kuala Lumpur dalam usia yg masih muda iaitu ketika itu antara 18 - 19 tahun.  Ramai yang kata, kalau hidup di kota kena berani dan banyak cabarannya.  Apatah lagi hidup meredah tanpa kawan dan saudara mara.  Jika tidak beria-ia, pasti hanyut dek "langau" kota.  AD kata "tak mengapa, emak dan bapak aku dah "bekalkan" dengan semua termasuk ilmu peradapan, budaya sopan santun dan ugama.  Terpulang pada aku macam mana nak guna".  Betul... dah ada lama di kota banyak ragam dan cabaran yang AD terima namun AD sentiasa fokus dengan objektif utama.  "Tidak ada orang yang boleh mengubah nasib kau orang melainkan "kau orang" (bahasa pasar Johor ler ni) yang mengubah nasib kau orang sendiri".  Pernah duduk bersama penagih dadah tegar namun AD tak terjerumus sedikit pun dengan penagihan dadah.  Pernah duduk berjiran bilik di rumah kedai dengan pekerja GRO namun AD sedikit pun tak pernah "menjamah" mereka.  Pernah duduk dengan kawan-kawan yang semuanya orang Kelantan, namun kepekatan "telo" jawa AD tak mampu mereka "Kelantankan" AD malah AD "menjawakan" mereka kehkehkeh.  Namun sekurang-kurangnya AD dah pandai makan budu dan dah boleh "mengejek" (meniru lerrr) bahasa mereka.

"WE ARE WHAT WE ARE"
Ramai org kata, rakan gembira senang dicari dan rakan menanggis susah yang datang.  Kenyataan itu AD akui.  Selama duduk di kota ini, ramai yang cuba mempergunakan kita.  Sebab tu AD cukup fokus dengan objektif asal AD.  Pembudayaan AD sejak kecil dan ilmu peradapan AD dah diajar sejak kecil jangan menginaya orang lain.  Jangan menipu dan mengambil hak orang lain tanpa ijap qabul yang sah.  Jangan mencuri hak orang lain yang bukan menjadi hak kita.  Kalau nak berusaha sendiri kerana sebagaimana orang lain boleh berjaya kita juga boleh berjaya.  Diajar juga, Allah dah bagi Rahmat-Nya mencipta otak manusia sama sahaja. Besarnya lebih kurang sama dan tak ada orang yang mempunyai otak yang lebih besar dari yang lain kecuali orang tu sakit otak hehehehe.  Orang tak kata besar otak, yang orang kata "besar kepala" hehehehe.  Betul...saiz kepala jek yang berbeza, sedangkan otak besarnya sama walaupun kau tu gemok atau kurus...tetap lebih kurang 1.5kg berat otak hehehehe.   Fikirlah dan gunakanlah otak serta minda yang Allah cipta itu...Nilai diri kita diperlihatkan dari segi perlakuan, peradapan, perilaku, pertuturan, keperibadian serta transformasi imej yang berjaya kita tampilkan.  Biar pun kita tak belajar tinggi namun kalau kita berjaya melakukan sesuatu yang hebat dan lebih berjaya dari mereka yang belajar tinggi.  Ia ibarat satu tamparan kepada mereka yang berpendidikan tinggi namun tidak mampu mengubah imej serta mempergunakan sumber yang mereka ada.  Mempunyai banyak gulungan sijil pun tidak guna jika mempunyai mentaliti dan perilaku "sampah" yang akhirnya menjejaskan imej serta nilai diri sendiri.

RAMAI YANG "MEMEKAK DAN DENGKI" BILA MELIHAT ORANG LAIN BERJAYA
Ramai yang memekak bila tenggok orang lain berjaya dan dengki khianat bila tenggok orang lain senang.  Kenapa yek...? Mereka berusaha dengan kuat dengan menggunakan kudrat yang ada dan juga otak yang dimilikinya.  Jangan ler marah dia sebab dia "tidak mencuri" harta kita mahupun harta orang lain...apatah lagi harta rakyat.  Jika dia menipu sekali pun, itu bukan salah mereka...tu salah kita yang mudah ditipu serta tamak nak "kaya mudah" tanpa berusaha.  Siapa pintar?  mereka atau kita.  Yang perlu kita lakukan ialah kita belajar dengan cara mereka sama ada formal atau informal tentang rahsia kejayaan mereka.Mereka tidak mengharapkan orang lain untuk memberi kesenangan kepada mereka, mereka cuma perlukan sokongan dari kita untuk membuat mereka berjaya.  mereka berjaya kerana mereka menggunakan segala "channel" dalam minda mereka dan menukarkan salurannya dalam bentuk "siaran" berurusniaga.  Setiap hari mereka berfikir bagaimana nak tambah pendapatan dan mencipta ruang dan peluang.  Mereka mempunyai daya kreativiti untuk mencipta sesuatu yang baru.  Mereka memilih jalan itu dan tidak pula menyimpan "virus-virus" negatif di dalam minda mereka.  Mereka menjadi tumpuan kerana kejayaan mereka dan ketika itu juga "langau-langau" yang membawa penyakit ini menghampiri mereka serta sentiasa memekak untuk menjatuhkan mereka.  Kenapa...? sedangkan mereka mencari kejayaan itu hasil kerja keras mereka sendiri dan sedikit pun mereka tidak mencuit atau menjentik kita.

AKU BUKAN HEBAT NAMUN MENCARI JALAN KE ARAH KEHEBATAN
AD juga bukan ler di kalangan orang yang dah berjaya dan hebat namun AD masih fokus dengan objektif AD tadi iaitu "Tidak ada orang yang boleh mengubah diri kita melainkan kita sendiri yang ingin mengubahnya".  AD mendapat 5P dalam STPM dan berjaya melayakkan diri untuk ke Unversiti.  Tawaran ke USM terpaksa AD lupakan atas 2 sebab pertama bidang yang diminta ditukar ke satu bidang yang AD kurang minat.  Ke dua kemampuan keluarga ketika itu untuk menghantar anak ke USM Pulau Pinang serta biaya yang amat tinggi ketika itu.  Lantas cita-cita AD untuk terus berjaya dalam pelajaran AD tidak kuburkan bersama faktor kemiskinan.  Ketika mendapat perkerjaan setelah sekian lamanya duduk di kota, ketekunan dan dedikasi AD mendapat tumpuan dari majikan AD.  bermula dengan kerani sementara dan setiap dua tahun AD dinaikkan pangkat.  kerani, ketua kerani, eksekutif, projek leader, head of department sehinggalah projek director.  AD mempunyai saham minoriti dalam satu anak syarikat IT terkemuka di Malaysia.  Dalam perjalanan itu juga AD sambung belajar mengambil diploma, Advance Diploma, Master dan DBA... Seperti biasa dalam apa juga keadaan, penyakit manusia dari segi kebiasaannya tidak boleh melihat orang lain lebih dari yang lain.  Mereka hanya tahu satu istilah iaitu "dengki" dan bukan mahu belajar bagaimana untuk mendapatkannya tetapi apa yang mereka belajar bagaimana untuk memusnahkannya.  Politik pejabat, politik dalam perniagaan dan politik dalam politik mempunyai persamaan yang jelas iaitu ilmu menjatuh itu harus lebih dari ilmu membangun.  Destroyers more than developers...AD keluar dari kepompong itu dan berhenti makan gaji dalam usia 36 tahun dan membina kekuatan baru ketika usia itu iaitu mencipta peluang dan merebut peluang.  AD terus bergerak membangunkan sumber manusia melalui kaedah perubahan sikap.  Memberi ceramah di dalam sektor-sektor swasta mahupun kerajaan dan mencipta ruang dan peluang di dalam explorasi percutian.

MENCIPTA PELUANG DARI MENUNGGU PELUANG
Masih berpegang kepada prinsip "tidak ada orang yang boleh mengubah diri kamu, kalau kamu sendiri tak mahu mengubahnya".  AD terus bergerak mencipta peluang dari menunggu peluang kerana peluang tak menunggu kita dan kita kena kejar peluang.  Bila kita belajar, setinggi mana pun kita ia ibarat seperti kita masuk ke dalam kursus rekrut tentera.  Semua ilmu dah diajar, ilmu hutan, ilmu ikhtiar hidup, ilmu penggunaan senjata, ilmu bertempur secara tektikal dan strategi dan segala ilmu lagi.  Bila buat silap, jurulatih menegur dan perbaiki kesilapan itu.  Begitu juga dengan latihan satu pasukan bola....semua dari segi tektikal, mental dan strategi dah di ajar...bila keluar berada di atas padang, jurulatih tak boleh buat apa.  Semua itu atas pertimbangan dan kecekapan berkerja secara pasukan yang telah diajar dan juga self-judgement mengikut kepintaran otak dan judgement emosi dan hati.  Begitu juga para graduan yang keluar dari universiti dan kolej, bila keluar pandai-pandai ler nak guna ilmu yang telah diajar.  Jika mempunyai kepakaran dan pandai dalam pelajaran sekali pun dan dari segi konseptual, teori, tektikal serta strateginya telah diajar....namun kalau masih mempunyai semangat terus ingin disuap dan tak mahu mencipta dan memikirkan sendiri bagaimana nak mencipta peluang dan ruang.  Mereka tetap hanyut seperti itu.  Bila berlaku kegagalan, sering menuding ke muka orang lain, tuding kerajaan, tuding pemimpin, tuding masyarakat, tuding jiran, tuding ahli keluarga dan sebagainya.  Lebih senang untuk menuding seperti lag "katak Oh katak" yang akhirnya "Memang makanan aku...memang makanan aku (silap dari sikap diri sendiri)".  Ironiknya kita tak mahu menuding ke muka diri sendiri...kenapa?.  Jika kita dikatakan hebat dalam pelajaran, tunjukkan lerr kehebatan kita dan buktikan pada orang lain yang persepsi orang lain itu salah dan buktikan bahawa se nye kita amat bernilai.

" Jangan biarkan persekitaran mempengaruhi kita, dan jadikan kita lebih dominan dan dapat mempengaruhi persekitaran"

InsyaAllah ada masa AD akan membebel lagi dalm catatan bacaan ringan ini dilain masa.  Teruskan memberi sokongan kepada AD untuk terus mengerakkan sel-sel otak agar bergerak dan berfikir.  Jika ia baik teruskan bersama AD dan jika ia tidak memberi menafaat ... lupakan blog AD ni yek hehehehe.

"Ala kita kan Adikberadik"

~Abg Duta~

ANTARA YANG JAHIL DAN YANG BIJAK

APA GUNANYA AIR SELUAS LAUTAN jika ia dibiarkan kaku dan mati terbiar, biarlah ia secetek aliran air terusan namun menjadi tempat membiak kehidupan yang membahagiakan. Apalah gunanya ilmu bergedung-gedung dalam diri kalian, sekiranya ia tidak dapat dimanfaatkan. Biarlah ia sedikit diperam semalaman namun ia masak ranum untuk disebar-sebarkan.

Jangan jadikan diri kalian hamba kepada kejahilan, yang mempunyai ilmu tetapi tidak pernah untuk mengamalkan. Biarlah ilmu itu sedikit tetapi ia boleh menjadi perisai kepada kemungkaran.

`SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT'

~Abg Duta~





SETIAP KESUKARAN ITU AKAN DIGANTI DENGAN KEMUDAHAN



RAMAI YANG MENGETAHUI tapi tidak mengikuti, ramai yang memahami tapi tidak seorang pun yang mengerti. Bagi yang derita, Allah la tempat untuk dia meratapi, merintih dan merayu...ketika itu, dia sering memuji `Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kepada Mu lah aku berserah dan kepada Mu la aku bersujud. Kau kabulkanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah...' Maka tersusunlah ayat-ayat syahdu....merintih dan merayu agar segala kesukaran dipermudahkan. Namun ketika rahmat-Nya telah diberikan, suara rintihan makin kelam dan suram kedengaran, kealpaan dan kefakiran akal menguasai fikiran. Kejahilan kian jauh meninggalkan iman.

Terdapat juga jalan singkat menuju kebahagian. Allah dilupakan dan kalam Allah dipermainkan. Menurutnya dengan mengantung di dinding dan membaca Kalam-Nya dari surah Al Waqi'ah dan ayat seribu dinnar, rezeki akan datang melempah-lempah. Namun mereka sedikit pun tidak mengerti apa tah lagi memahami. Allah tidak akan menjanjikan sesuatu kepada mereka yang TIDAK bersyukur dan tunduk sujud berserah kepada-Nya (Berserah dan berdoa tanpa usaha) apatah lagi tidak berusaha. Allah hanya berjanji MEMPERMUDAHKAN permohonan bagi orang2 yang berusaha, berdoa dan ingat setiap waktu kepada-Nya. Kerana segala-galanya sudah menjadi HAK MUTLAK NYA terhadap hamba-hamba-Nya. Allah telah berjanji `Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan' (QS Al Shirah/Al Syarh 1-8 (Berlapang dada). Jangan hanya membaca ayat 6 sahaja dan bacalah hingga kepenghujungnya (ayat 7 dan 8) dari surah yang sama. 

6. SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN 
7. Apabila engkau TELAH SELESAI (daripada sesuatu amalan yang solleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau BERUSAHA.
8. Dengan kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap.

Wallahualam - Abg Duta








BINGKISAN TERAKHIR DARI SEORANG PENGEMBARA

PEMERGIANKU tak pernah dihalang dan kehadiranku tak pernah dilambai. Aku hanyalah seorang pengembara....aku mengembara dari suatu tempat ke suatu tempat untuk mencari jawapan, jawapan satu persoalan yang hilang. Terkadang aku menemuinya tapi jawapannya suram, terkadang pula aku sesat di dalamnya namun Allah memberi petunjuk bahawa jawapannya hampir terungkai. Aku seorang pengembara..sampai di suatu tempat aku berhenti, mencari rumah Allah untuk berteduh, mencari seruan azan untuk `berlabuh'...mendekatkan diri kepada Maha Pencipta agar diri ini tidak terasa terhina, oleh kedangkalan serta kebodohan yang membuatkan dirinya alpa.

Teman...Sewaktu aku sampai kau mengelamun keseorangan. Aku menyapa dan kau menjawap. Kau kata "kemarin cukup indah untuk dikenang", kau kata "kemarin cukap membahagiakan untuk dibayang" dan kau kata "kemarin sesuatu yang cukup manis untuk ditinggalkan". Semuanya kau peluk kemas-kemas agar ia tak terurai, dibiarkan ia tersusun rapi di atas para yang sepadan. Memori itu cukup indah apatah lagi ia melibatkan perjalanan hidup remajamu. Namun semalam kenapa kau menanggis..kenapa kau bersedih, kenapa kau termenung dan semalam juga kau meratapi sebuah kenangan indah yang hilang dalam keperitan. Di manakah senyuman manismu ketika kau bercerita tentang kemarin, di manakah ceria wajahmu ketika kau bercerita tentang keagungan `cinta' mu di hari kemarin. Wajahmu tak pernah lekang dari kuntum senyum bila bercerita tentang `cinta' mu. Tapi kini wajahmu penuh dengan ketakutan, wajahmu penuh dengan kebencian, wajahmu penuh dengan keperitan. Duniamu kelam, jiwamu suram, alammu malap, hatimu gelap..kau terapung-apung dalam delima. Roh mu tercari-cari tentang keadilan..kau keliru dan kau sendiri tak tahu apa yang kau cari dalam hidup ini.

Hari ini...terdapat sedikit sinar...aku tak tahu dari mana puncanya. Mungkin dari `jampi' si pengembara yang baru nak belajar membaca mentera atau....munngkin dari `pengembara lain' yang sama-sama menjengah muka..memberi `tazkirah' yang lebih bermakna. Mungkin ilmuku tak cukup `power' (...hahaha...) namun tak apa asalkan matlamatnya sama iaitu membuat teman bahagia..Aku hanyalah seorang pengembara...Bahagiaku apabila melihat orang lain bahagia..Deritaku apabila melihat orang lain derita..

Teman...tugasku hampir selesai...mungkin aku tak diperlukan di sini lagi. Aku akan mengembara dan terus mengembara sampai ke satu destinasi yang pasti. Bumi Allah ini amat luas untuk diterokai. Masih banyak lagi erti kehidupan yang belum dirungkai, masih banyak lagi warna-warna kehidupan alam yang masih belum difaham. Aku cuba untuk memahami itu...andaikata kau boleh berjalan sendiri aku tumpang berbangga kerana sekurang-kurangnya tongkat yang aku beri telah kau gunakan ketika sebelah kakimu masih lemah untuk berjalan..kau simpanlah tongkat itu kerana kembaraku tidak memerlukannya. Aku masih mempunyai bekalan yang mencukupi sehingga aku bertemu Penciptaku..damailah kau di sana.

`Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesannya yang tersebut akan tergerak hati mereka untuk memahaminya, atau ada telingga yang dengannyamereka dapat mendengar. (Tetapi kalau dengan mengembara pun mereka tidak juga berguna) maka keadaanya sebenarnya bukan mata kepala yang buta,
tetapi yang buta itu adalah mata hati yang ada di dalam dada. (QS Al Hajj : 46)


- Abang Duta - Buat teman yg sudah kembali ceria..alhamdullilah

FAHAMI JIWA MUSAFIR

AD ketika di salah satu daerah di Lucern, Switzerland
MENGAPA harus menganas, mengapa harus menbuas..adakah si camar mengejekmu, adakah si angin membencimu, adakah si mentari membakarmu...kalau tidak kenapa ombak harus mengganas. Tidakkah kau kasihan pada sang pantai, yang tidak tahu menahu dan menjadi mangsa pukulan ombaknya. Berulang kali diberitahu, jika kau sudah ketemu angin yang mendayu sebagai sahabatmu...beritahulah kepada sekian alam bahawa kau sedang memujanya. Janganlah kau melepaskan amarah kau pada bumi kerana ia tidak mempunyai dosa yang melata dan janganlah kau buat derhaka pada sang laut yang telah banyak memberi jasa. Mereka bisa mengerti perasaanmu yang sering kacau dek pelabagai pekara. Jika kau marah kepada aku, aku bisa memahaminya. Akan tetapi jika kau marah pada sang petir kerana halilintarnya, janganlah kau membaca mentera memohon agar hujan tidak turun berkala. Bukankan perasaan marah itu boleh dibendung dengan zikirullah dan beristifar. Bukankah nafsu itu boleh dilemahkan dek dengan membasahkan anggotamu dengan air wuduk dan solat yang tenang. Aku tidak dapat menzahirkan apa yang lahir , aku tidak dapat memahami apa yang tersirat dan aku mungkin alpa terhadap apa yang terlukis di dalam hatimu. Fahamilah bahawa aku tidak pernah memaksa dan menyeksa malah aku ingin melihat kebahagian manusia melebihi kebahagian aku sendiri. Jika ditakdirkan `kehadiran' musafir ini merupakan satu beban di dalam catatan sejarah hidupmu, kau simpangkanlah dan palingkanlah mukamu agar tidak dapat melihatnya namun aku pasti wangiannya berada di merata-rata agar dapat kau hidu baunya, agar kau dapat cium wangiannya. Maka ketika itu kehadirannya dapat kau rasakan dan kepergiannya amat kau rindukan. Kau tidak dapat lari dari kenyataan bahawa musafir juga mempunyai perasaan. Dia juga seperti manusia lain yang mempunyai hati yang mudah menyentuh dan disentuh. Musafir juga terkadang sesat haluan mencari padoman, kerana ilmunya masih secubit cuma dan tidak sebesar setitis embun pun. Akan tetapi jiwanya halus, kasihnya tenang. Keikhlasannya tidak boleh didagang, kesuciannya tidak boleh disental. Ia akan tetap kekal sebagai manusia yang ingin mencari jalan pulang.

Berterus teranglah agar musafir tidak terkilan. Jangan biarkan musafir teraba-raba mencari jalan pulang. Maafkan aku sekiranya persingahan aku sebagai musafir membawa bencana dalam hidup kalian. Biarlah aku teruskan kembara ku ke destinasi seterusnya...pasti aku temui sesuatu yang berharga di sana. Sesungguhnya kau pasti akan menyusuri kembaraku setelah kau tidak lagi melihat kebahagiaan dalam hidup mu sendiri.


- Nukilan rasa Abg Duta -.