Wednesday, 2 March 2016

BUKAN GAGAL TAPI BELUM CEMERLANG LERRRR

Graduation MBA, University SunShine Coast Australia
DULU masa AD kecik-kecil (kecil-kecil) sering dimomokkan dengan kata-kata "hantu" sehingga memomokkan minda AD supaya sentiasa takut.  "Main lerr jauh-jauh nanti kena culik baru tahu, haaa gi ler sana biar polis tangkap, pegi lah...pergi lah...lipas gigit dia".  Bila kita nak keluar malam sikit ke depan rumah jek, orang-orang tua atau kakak-kakak dan abang-abang akan kata " pegi lah ada hantu kat depan tu" dan sebagainya.  Kesannya ia membawa satu fenomina yang cukup kuat dalam hidup kita.  Sehingga sekarang kita tidak mempunyai keberanian untuk jalan jauh disebabkan takut "diculik" sedangkan pekara-pekara seperti itu kebarangkalian amat jarang berlaku apa tah lagi kita ni "no body", kesanya juga kita menjadi gentar apabila melihat polis kerana takut ditangkap atau disaman sedangkan jika kita tak melakukan kesalahan kenapa harus gementar.  Jika buat kesalahan kecil sekali pun kenapa harus lari sehingga membahayakan keselamatan diri sedangkan jika ditahan dan didapati salah sekali pun lebih-lebih kita kena saman.  Kita juga menjadi takut dan geli dengan lipas, makhluk yang dicipta lebih kecil dari kita dan tidak berbisa pun.  Kita akan menjadi takut untuk keluar malam (di kampung-kampung yang gelap) kerana dikhuatiri terserempak dengan "makhluk" itu yang pada asasnya masih kabur penjelemaannya.  Minda kita akan "dipaku" dengan perasaan takut sehingga menyukarkan kita mengubah persepsi.  Begitu juga dengan minda gajah yang selalu AD kongsi cerita ketika sesi berkongsi motivasi.  Gajah sedari kecil diikat kakinya dengan rantai kecil dan halus. Di ajar agar tidak boleh bergerak bebas agar ia menurut kata penjaga.  Hanya borgoyang kekiri dan kanan kerana tambatan kakinya.  Akhirnya bila membesar dengan rantai yang sama, gajah masih tidak boleh merentap dan memutuskan rantai yang sama.  Sedangkan, waktu ini gajah mempunyai tubuh yang besar dan tenaga yang kuat.  Akal kita juga akan bersetuju jika gajah merentap ikatan pada kakinya yang diikat dengan rantai yang kecil itu, pasti rantai akan putus.  Namun gajah diajar dan ditanam dalam minda mereka sejak kecil lagi bahawa di tidak akan terlepas dari ikatan rantai tersebut.  Akhirnya gajah jadi akur dan mempercayai bahawa ia tidak boleh diubah dan menjadi takut..

TAHNIAH KEPADA YANG CEMERLANG, BERUSAHA LAGI BAGI YANG BELUM CEMERLANG
BERBALIK kepada prsoalan pokok yang AD nak bagi kat mereka yang akan mengambil keputusan peperiksaan besar seperti SPM dan STPM ni.  Jangan jadikan keputusan yang kurang cemerlang tu sebagai satu "momokan" lagi malah jadikan ia sebagai satu penanda aras untuk berkerja lebih kuat lagi.  Ia hanya permulaan dan elemen belum cemerlang ini bukan penanda aras kegagalan untuk selama-lamanya.  Ia hanya satu signal atau sign peringatan kepada kita supaya berkerja lebih keras lagi.  Dalam catatan AD yang lepas AD ada bagitahu bahawa "APA YANG KITA ADA HARI INI ADALAH HASIL PERILAKU KITA DI MASA YANG LEPAS" bererti keputusan yang kita dapat pada hari ini adalah hasil kerja keras kita di masa yang lalu.  Jika kita belum cemerlang bererti perilaku kita yang lepas juga menunjukkan usaha kita perlu dikemaskinikan lagi.  Dan jika kita mendapat keputusan yang baik bererti kita mempunyai perilaku serta tindakan yang bersistem terhadap cara pembelajaran kita.  Ada orang kurang membuat ulang kaji dan kelihatan seolah-olah tidak belajar namun mendapat keputusan yang cemerlang.  Ini bermakna mereka bukan tak belajar tetapi mereka mengamalkan satu sistem pembelajaran yang efektif.  Ada orang yang menjadi ulat buku dan siang malam belajar namun agak sukar menyimpan data di dalam memory mereka yang akhirnya belum tentu mereka mendapat keputusan yang cemerlang yang diinginkan.  Pasti kecewa bukan?  Ini mungkin disebabkan mereka ini mengamalkan tekanan di dalam mengulangkaji pelajaran disebabkan takut dimarahi oleh kedua ibubapa atau memaksa diri sendiri untuk belajar tanpa mengamalkan satu sistem pembeljaran yang efektif.  AD di waktu alam persekolahan dulu jatuh di dalam katogeri nombor dua... mcm nak rak membaca buku tetapi sukar untuk disimpan di dalam kotak memory minda...hehehehe.  Sebab itu AD tidak begitu cemerlang di dalam pelajaran.  Semua keputusan AD tidak lah teruk serta cukup membolehkan AD memohon masuk universiti sahaja...alhamdullilah.  Perjalanan AD dalam pelajaran bukan ler di antara manusia yang selalu masuk surat kabar atau TV atas kecemerlangan pelajaran AD... namun  semuanya tersusun rapi dari "starting point towards the end" berjalan seperti yang dirancang.  Malah melihat kedudukan hari ini ramai di antara kawan-kawan AD yang rata-rata mempunyai kelulusan cemerlang dan memasuki universiti "berjenama" melihat  kejayaan AD melebihi kejayaan mereka.  Look guys, your attitude will change your action...at the end will change the output (tak kira lerr apa yang kita buat).

KEPADA ADIK-ADIK YANG SUDAH MENGAMBIL KEPUTUSAN
Kepada adik-adik yang belum cemerlang, jangan gundah gulana yek..!!!.  Dari mana kita datang itu tidak penting, namun keadaan kita hari ini dan esok itu lebih bermakna.  Belum cemerlang hari ini bukan berakhirnya hidup kita... ia hanya satu permulaan yang hebat untuk diubah agar menjadi lebih hebat untuk hari esok dan hari-hari selepasnya.  "Change your attitude will change your thinking style, your thinking style will change your behaviour, your behaviour will change your action, your action will change the result". Bagi yang cemerlang, adik-adik sebenarnya mempunyai  tugas yang amat berat iaitu mengekalkan kecemerlangan dan mengekalkan kejuaraan. Jangan sampai ada sahabat-sahabat kita yang belum cemerlang ini memintas "takhta" kita.  Kekalkan kejuaraan itu seadanya.

KEPADA IBUBAPA KEPADA ANAK-ANAK
AD selalu berpesan kepada anak-anak AD.  Anak-anak AD tak pernah tersenarai di kalangan mereka yang mendapat rekod 10 pelajar terbaik disekolah.  Mereka tak pernah naik stage mengambil sebarang anugerah kecemerlangan.  Mereka yang naik di atas stage itu adalah di kalangan mereka yang terpilih.  Isteri AD selalu membebel pada anak-anak jika tidak membawa balik keputusan yang baik  dan sering memberi contoh anak orang lain yang begitu cemerlang.  AD selalu mempertahankan anak-anak AD walaupun pada hakikatnya AD selalu memberi "ceramah percuma" pada mereka. Kita tak boleh bandingkan kejayaan anak-anak orang lain terhadap keupayan anak-anak kita.  Banyak faktor penyumbang yang lain yang menjadikan keupayaan anak-anak kita berbeza dengan mereka.  Persoalan yang selalu AD ajukan ialah :-

1) Adakah setiap hari kita mengambil "peranan guru" ketika anak-anak di rumah?  Guru mempunyai beratus anak murid di sekolah, dan mengajar sama rata mengikut kesaksamaan semua anak murid.  Sedangkan kita di rumah boleh memberi tumpuan penuh kepada anak sendiri - jika kita tidak mengambil peranan guru di rumah jangan sentiasa menyalahkan orang lain jika anak-anak kita belum cemerlang dan perbaiki sistem cara hidup kita dengan anak terlebih dahulu.  Guru melihat anak murid sebagai anak bangsa yang perlu dibangunkan demi sumber tenaga negara sedangkan kita sebagai ibubapa harus lebih fokus dan lebih memberi tumpuan kerana mereka itu anak kita, masa depan mereka dan kita.  Kalau kita kurang memberi tumpuan kepada anak-anak dan keputusan mereka belum cemerlang... siapa juga yang harus dipersalahkan..?

2) Bagi yang tidak berkemampuan mengajar sukatan pelajaran di rumah sama ada kita sendiri kurang pengetahuan atau kesebukan berkerja - mungkin boleh melihat anak-anak mereka yang cemerlang.  Mereka sanggup menghabiskan wang dan ringgit menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tution yang baik.  Sedangkan kita membiarkan anak-anak bermain tanpa kawalan. Ada juga anak-anak dari segi mindanya dianugerahkan kelebihan lebih sedikit oleh Maha Pencipta.  Alhamdullilah itu rezeki mereka.  Untuk kita yang mungkin belum termakbul doa-doa kita ni jangan kecewa dan berusahalah dengan cara yang sebaik mungkin untuk mereka.  Allah amat sayang kepada hamba-hambanya yang terus berusaha dan berdoa... jika kita tak mahu melakukannya dan ika anak belum cemerlang, siapa yang harus dipersalahkan....?

3) Berkira - Untuk menghantar anak belajar di kelas tambahan bagi memberi tumpuan lebih bukan murah.  Satu subjek paling murah pun RM40 sebulan dan jika ada 3 atau 4 subjek teras yang penting  dah RM160.  Ia dianggap satu pelaburan yang mahal dan tidak berkemampuan.  Namun untuk melanggan ASTRO yang bernilai RM200++ sebulan ia dianggap satu keperluan.  Belum lagi kita membelanjakan bil handphone yang bernilai melebihi RM100, membeli bayaran ansuran untuk peralatan yang tidak bermenafaat, belum lagi sentiasa membeli keperluan diri yang kurang penting dan mahal-mahal, juga belum termasuk peruntukan percutian kita dalam tahun di mana anak-anak mengambil peperiksaan.  Maka jika kita mementingkan keperluan lain melebihi keperluan pelajaran anak-anak.  Jangan bersunggut atau mengeluh jika apa yang kita harapkan tidak kita perolehi..

4) Tekanan- Jangan berikan terlalu banyak tekanan kepada anak-anak.  Mendidik mereka biar seperti kawan dan selalu bercakap sebagai seorang kawan.  Jika mereka buat silap, tegur seperti mana kawan tegur.  Jika mereka cemerlang...celebrate kejayaan mereka walaupun mereka hanya memabawa balik 3 atau 4 A.  Harus diraikan sebagai menghargai kemampuan mereka.  Sekurang-kurangnya mereka lebih cemerlang dari mereka yang kurang baik keputusannya.  Supaya mereka tidak merasa rendah diri kepada orang yang lebih cemerlang.  Supaya mereka akan lebih berusaha bersungguh-sungguh di kemudian hari.  Kita tidak perlu membebel tiap-tiap hari jika anak-anak tidak memegang buku pada hari-hari tertentu.  Sebagai kanak-kanak/anak remaja mereka juga memerlukan ruang untuk bermain, berjumpa kawan-kawan atau melakukan aktiviti sihat yang mereka minati.  Jangan bagi tekanan kerana ia akan membuat sel-sel otak mereka tertekan yang akhirnya mereka akan terasa tertekan.  Ini satu pekara yang kurang sihat dan tidak baik untuk mereka.

Dan banyak lagi faktor-faktor penyumbang lain yang memberi kesan kepada perkembangan pelajaran anak-anak.

AD sering berdamping dengan anak-anak AD yang sentiasa memperolehi keputusan purata yang memuaskan.  AD tidak menggunakan elemen "forcing factor"  kepada mereka namun AD sentiasa menggunakan 'goal or target factor" untuk mereka mencapai impian mereka.  Sebagai contoh SPM AD kata minimum target cuba dapatkan 5A pada subjek teras sebab AD faham kemampuan anak-anak AD tak sama dengan anak-anak org lain yang lebih cemerlang berasaskan keputusan penggal yang mereka terima.  AD tak kata "kau mesti dapat 9A", yang mana itu merupakan satu forcing factor.  AD kata lagi kalau boleh dapat 5A ke atas ia satu pencapaian bonus.  AD tahu kekuatan dan kelemahan anak-anak AD dan AD cuba meningkatkan kekuatan mereka itu dan mengurangkan kelemahan mereka.  Akhirnya mereka dapat 4A dalam semua subjek teras wajib mereka...alhamdulliah kedua-dua anak AD sudah berada di dalam universiti (UITM).  Sekarang AD cuma memberi mereka "goal setting force" dengan menetapkan CGPA 3.0 ke atas, jangan biarkan CGPA menurun di bawah paras 3.0.  Setakat ini mereka akur dan tidak mengecewakan AD.  Bila anak-anak dah remaja pendekatan dan layanan percakapan juga harus dibezakan dengan kanak-kanak sebab mereka sudah dewasa dan remaja serta sudah pandai menentukan mana baik dan buruk..Jika anak-anak membawa balik keputusan peperiksaan tidak begitu cemerlang, jangan membebel sebab ia tidak akan mengubah keputusan peperiksaan tu.  Sekurang-kurangnya mereka lebih cemerlang dari orang lain yang belum diberi kesempatan untuk cemerlang.  AD celebrate keputusan mereka seolah-olah mereka mendapat 9A. Beri mereka hadiah yang semampunya sebagai sesuatu yang boleh mereka ingati sepanjang hidup mereka. Belanja mereka makan di luar semampunya dan ketika itu beri mereka semangat.  Budaya mengucapkan TAHNIAH harus ditanamkan kepada kita walaupun anak kita membawa balik 1A, sekurang-kurangnya mereka ada membawa balik A berbanding mereka yang tak ada langsung bawa A.  Ia secara tidak langsung memberi rangsangan kepada anak-anak supaya membawa balik banyak A lagi di masa hadapan.  Apa yang belaku sekarang ini, bila anak-anak membawa keputusan kurang memuaskan (kurang memuaskan itu sangat-sangat subjektif dan bergantung kepada harapan dan jangkaan ibubapa) maka kata-kata sinis yang biasa diberi..." Haaa...tu la belajo rajin sangat, haa tu lerrr asyik bercinta jek, haaa tu laaa belajo malas, kerja malas, haaa tu laaa main-main lagi, haaa tu lerr belajo tak pandai, pas ni aku kawinkan jek diaaaa"... dan blablabla.

Ingat ... kita harus berbangga dengan kemampuan anak-anak kita seadanya setelah kita melihat usaha yang mereka lakukan.  Kalau nak membebel pun sebelum peperiksaan sebagai peringatan.  Kita pun dulu macam tu juga dan emak bapak kita pun membebel macam kita juga... kita pun sama keras kepala. Masuk telingga kiri keluar telingga kanan.  Cakap mereka selalu kita sanggah dan kita juga mungkin ada perangai memberontak juga bila selalu dibebel cuma kita tak suarakan sebab takut hahahaha.  Kalau dulu kita teruk dan kita tenggok pencapaian anak-anak kita lebih baik... bersyukur lah sebab kita dulu pun tak mampu memperolehi apa yang mereki perolehi sekarang.  Sepatutnya kita ucapkan tahniah sebab keputusan mereka lebih baik dari kita.... larikkkkkkkkk.

AKHIR KATA
Terus berusaha baiki kelemahan diri kita sendiri di dalam mendidik anak-anak jika kita ingin melihat mereka cemerlang.  Buktikan kepada mereka dahulu perilaku kita terhadap kecemerlangan agar kita menjadi ikutan serta ikon kepada mereka.  Tidak ada istilah terlambat dan tak ada istilah terlewat.  Sebab darah yang ada pada anak-anak kita adalah darah daging kita ... baka kita dan mereka juga cermin kita di masa lampau.  JIKA ANAK KITA BELUM BERJAYA, JANGAN KECEWA DAN RENDAH DIRI...kerana perjalanan mereka masih jauh.  Apa yang berlaku hari ini tidak penting kerana ia sudah berlalu, apa yang kita nak buat dan rancang untuk mereka di masa akan datang itu lebih penting demi kecemerlangan mereka.

BAGI YANG SUDAH CEMERLANG, jangan alpa dan leka sebab ada sahaja manusia-manusia yang ingin cemerlang sedang memerhati dan mengejar anda... jangan sampai teringgal di belakang.  Untuk mengekalkan kejuaraan itu satu tugas yang amat berat berbanding yg belum juara.  Kerana yang belum juara sentiasa berusaha untuk memotong dan jika tak berjaya, itu kelaziman.  Namun jika si juara rebah ke terbelakang... orang akan mengata...tu lerr pecut cepat sangat...dah "cramp".  Biar berlari anak pelahan-pelahan dan bila sampai masa pecuttttt....

SELAMAT MAJU JAYA SEMOGA BERJAYA DI DUNAI DAN AKHIRAT

"Ala kita kan Adikberadik"

~Abg Duta~



No comments:

Post a Comment