Tuesday, 1 March 2016

BERHENTI MENGHARAP ORANG LAIN MENGUBAH HIDUP KITA

AD... ketika sesi memberi ceramah
ZAMAN SEKARANG sukar nak cari manusia yang ingin membantu kerana Allah. AD kat sukar bukan tak ada, kalau ada pun ia ibarat sekecil berlian di tengah-tengah hamparan pasir di tepi pantai. Jika kita nampak ada manusia yang berhati mulia yang melakukan seperti itu, semoga Allah terus merahmatinya. Apa yang kita nampak sekarang ini ramai yang melakukan satu kebaikan untuk mendapatkan satu kebaikan yang lain. Pun tidak salah kerana Allah dah janji sedemikian rupa. Satu kebaikan yang kita lakukan, Allah akan melipat gandakan Rahmat-Nya. Apa yang AD nak kongsi di sini ialah perangai yang meminta-minta dan mengharap-harap. "Allah tidak akan ubah naib sesuatu kaum, melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri" dan Allah tidak akan mengubah kita melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Allah dah janji... itu yang AD kongsi di dalam catatan yang lepas. Allah telah berjanji `Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan' (QS Al Shirah/Al Syarh 1-8 (Berlapang dada). Jangan hanya membaca ayat 6 sahaja dan bacalah hingga kepenghujungnya (ayat 7 dan 8) dari surah yang sama. Ayat 8, Allah dah kata "serahkan" pada Dia dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

6. SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN
7. Apabila engkau TELAH SELESAI (daripada sesuatu amalan yang solleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau BERUSAHA.
8. Dengan kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap.

AD menulis bukan ditaja dan bukan juga mengharapkan satu balasan dan bukan juga diupah.  Ia ibarat memberi "complementary"untuk santapan atau bacaan ringan  Makan nasi di kedai diberi ulam pecuma tanpa bayaran.  Namun sekarang ni, ulam pun kena bayar... nothing is free in this world hehehehe.  Apa yang AD tulis ni adalah dari cara pemikiran AD sendiri dan tidak semestinya ia dipersetujui oleh orang lain kerana manusia itu pelabagai dan mempunyai penyataan dan pemikiran yang berbeza.  Pun bila ada sesuatu yang baik itu kita harus terima, penjelasan yang terperinci itu...fikir-fikirlah sendiri hehehehehe

PERSEKITARAN HIDUP DAN SEMANGAT

AD dilahirkan dari kalangan 11 adikberadik, semua belajar tak tinggi.  Banyak kerja yang AD buat di zaman remaja.  AD pasti kau orang pun mempunyai banyak pengalaman yang lebih pahit dari AD dan lebih berjaya dari AD.  AD tak kata AD dah berjaya tetapi AD ada keinginan untuk berjaya (Which is everybody has).  Waktu remaja AD amat susah, bapa berkerja sebagai buruh tidak kekal, ibu mengambil upah mencuci kain.  AD bersekolah jalan kaki 4km pergi dan 4 km balik ketika sekolah menengah rendah dan berbasikal 10 km pergi dan 10 km balik ketika sekolah menengah atas. Habis sekolah AD berkerja buruh, berkerja di kedai perabut, berkerja sebagai "security guard", menjaja kuih kecil-kecilan.  jangan kata AD tak buat 2 atau 3 kerja dalam satu masa.  Lebih teruk kerja AD dari Bangla atau buruh Indon.  AD dah nampak banyak pekara dan AD dah dengar banyak suara.  Namun kalau kita nak berjaya kita kena jadi "katak yang pekak" dan pedulikan katak lain yang bising.  Kita terus melompat dan terus melompat sampai berjaya sedangkan katak yang memekak itu lemas di dalam hujan dan akhirnya "mati katak". Tak ada orang lain yang akan membantu kita melainkan diri kita sendiri.

MENGEMBARA SERTA PENAFAATAN

AD berhujrah ke Kuala Lumpur tahun 1989 setelah habis tingkatan enam.  Berbekalkan STPM (5P) AD menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.  Waktu tu pekerja warga asing boleh dikira dengan jari.  Siapa yang "berani" buat kerja-kerja berat dan dikatakan jijik dan kotor tu.  AD ler juga bersama warga yang lain.  Orang kata dan arwah bapak AD pesan... org jawa memang kuat merantau tuk mengubah nasib.  Bapak kata lagi, anak jantan kena merantau supaya dapat melihat dunia ini dengan luas.  Dia kata lagi, anak jawa kuat berkerja dan tunjukkan juga kepada orang lain tentang persepsi tu.  Dari 11 adikberadik, AD keluar dari kempompong sebab kalau AD tak keluar dari kepompong tak ada orang yang akan mengubah nasib AD di kampung.  Abang-abang ikut berhijrah dengan cara mereka.  Mereka mengambil cabaran memasuki Felda kerana minat tani mereka.  Kakak-kakak kawin ikut suami masing-masing.  AD nak jadi apa...? memilih untuk merantau ke Kuala Lumpur dalam usia yg masih muda iaitu ketika itu antara 18 - 19 tahun.  Ramai yang kata, kalau hidup di kota kena berani dan banyak cabarannya.  Apatah lagi hidup meredah tanpa kawan dan saudara mara.  Jika tidak beria-ia, pasti hanyut dek "langau" kota.  AD kata "tak mengapa, emak dan bapak aku dah "bekalkan" dengan semua termasuk ilmu peradapan, budaya sopan santun dan ugama.  Terpulang pada aku macam mana nak guna".  Betul... dah ada lama di kota banyak ragam dan cabaran yang AD terima namun AD sentiasa fokus dengan objektif utama.  "Tidak ada orang yang boleh mengubah nasib kau orang melainkan "kau orang" (bahasa pasar Johor ler ni) yang mengubah nasib kau orang sendiri".  Pernah duduk bersama penagih dadah tegar namun AD tak terjerumus sedikit pun dengan penagihan dadah.  Pernah duduk berjiran bilik di rumah kedai dengan pekerja GRO namun AD sedikit pun tak pernah "menjamah" mereka.  Pernah duduk dengan kawan-kawan yang semuanya orang Kelantan, namun kepekatan "telo" jawa AD tak mampu mereka "Kelantankan" AD malah AD "menjawakan" mereka kehkehkeh.  Namun sekurang-kurangnya AD dah pandai makan budu dan dah boleh "mengejek" (meniru lerrr) bahasa mereka.

"WE ARE WHAT WE ARE"
Ramai org kata, rakan gembira senang dicari dan rakan menanggis susah yang datang.  Kenyataan itu AD akui.  Selama duduk di kota ini, ramai yang cuba mempergunakan kita.  Sebab tu AD cukup fokus dengan objektif asal AD.  Pembudayaan AD sejak kecil dan ilmu peradapan AD dah diajar sejak kecil jangan menginaya orang lain.  Jangan menipu dan mengambil hak orang lain tanpa ijap qabul yang sah.  Jangan mencuri hak orang lain yang bukan menjadi hak kita.  Kalau nak berusaha sendiri kerana sebagaimana orang lain boleh berjaya kita juga boleh berjaya.  Diajar juga, Allah dah bagi Rahmat-Nya mencipta otak manusia sama sahaja. Besarnya lebih kurang sama dan tak ada orang yang mempunyai otak yang lebih besar dari yang lain kecuali orang tu sakit otak hehehehe.  Orang tak kata besar otak, yang orang kata "besar kepala" hehehehe.  Betul...saiz kepala jek yang berbeza, sedangkan otak besarnya sama walaupun kau tu gemok atau kurus...tetap lebih kurang 1.5kg berat otak hehehehe.   Fikirlah dan gunakanlah otak serta minda yang Allah cipta itu...Nilai diri kita diperlihatkan dari segi perlakuan, peradapan, perilaku, pertuturan, keperibadian serta transformasi imej yang berjaya kita tampilkan.  Biar pun kita tak belajar tinggi namun kalau kita berjaya melakukan sesuatu yang hebat dan lebih berjaya dari mereka yang belajar tinggi.  Ia ibarat satu tamparan kepada mereka yang berpendidikan tinggi namun tidak mampu mengubah imej serta mempergunakan sumber yang mereka ada.  Mempunyai banyak gulungan sijil pun tidak guna jika mempunyai mentaliti dan perilaku "sampah" yang akhirnya menjejaskan imej serta nilai diri sendiri.

RAMAI YANG "MEMEKAK DAN DENGKI" BILA MELIHAT ORANG LAIN BERJAYA
Ramai yang memekak bila tenggok orang lain berjaya dan dengki khianat bila tenggok orang lain senang.  Kenapa yek...? Mereka berusaha dengan kuat dengan menggunakan kudrat yang ada dan juga otak yang dimilikinya.  Jangan ler marah dia sebab dia "tidak mencuri" harta kita mahupun harta orang lain...apatah lagi harta rakyat.  Jika dia menipu sekali pun, itu bukan salah mereka...tu salah kita yang mudah ditipu serta tamak nak "kaya mudah" tanpa berusaha.  Siapa pintar?  mereka atau kita.  Yang perlu kita lakukan ialah kita belajar dengan cara mereka sama ada formal atau informal tentang rahsia kejayaan mereka.Mereka tidak mengharapkan orang lain untuk memberi kesenangan kepada mereka, mereka cuma perlukan sokongan dari kita untuk membuat mereka berjaya.  mereka berjaya kerana mereka menggunakan segala "channel" dalam minda mereka dan menukarkan salurannya dalam bentuk "siaran" berurusniaga.  Setiap hari mereka berfikir bagaimana nak tambah pendapatan dan mencipta ruang dan peluang.  Mereka mempunyai daya kreativiti untuk mencipta sesuatu yang baru.  Mereka memilih jalan itu dan tidak pula menyimpan "virus-virus" negatif di dalam minda mereka.  Mereka menjadi tumpuan kerana kejayaan mereka dan ketika itu juga "langau-langau" yang membawa penyakit ini menghampiri mereka serta sentiasa memekak untuk menjatuhkan mereka.  Kenapa...? sedangkan mereka mencari kejayaan itu hasil kerja keras mereka sendiri dan sedikit pun mereka tidak mencuit atau menjentik kita.

AKU BUKAN HEBAT NAMUN MENCARI JALAN KE ARAH KEHEBATAN
AD juga bukan ler di kalangan orang yang dah berjaya dan hebat namun AD masih fokus dengan objektif AD tadi iaitu "Tidak ada orang yang boleh mengubah diri kita melainkan kita sendiri yang ingin mengubahnya".  AD mendapat 5P dalam STPM dan berjaya melayakkan diri untuk ke Unversiti.  Tawaran ke USM terpaksa AD lupakan atas 2 sebab pertama bidang yang diminta ditukar ke satu bidang yang AD kurang minat.  Ke dua kemampuan keluarga ketika itu untuk menghantar anak ke USM Pulau Pinang serta biaya yang amat tinggi ketika itu.  Lantas cita-cita AD untuk terus berjaya dalam pelajaran AD tidak kuburkan bersama faktor kemiskinan.  Ketika mendapat perkerjaan setelah sekian lamanya duduk di kota, ketekunan dan dedikasi AD mendapat tumpuan dari majikan AD.  bermula dengan kerani sementara dan setiap dua tahun AD dinaikkan pangkat.  kerani, ketua kerani, eksekutif, projek leader, head of department sehinggalah projek director.  AD mempunyai saham minoriti dalam satu anak syarikat IT terkemuka di Malaysia.  Dalam perjalanan itu juga AD sambung belajar mengambil diploma, Advance Diploma, Master dan DBA... Seperti biasa dalam apa juga keadaan, penyakit manusia dari segi kebiasaannya tidak boleh melihat orang lain lebih dari yang lain.  Mereka hanya tahu satu istilah iaitu "dengki" dan bukan mahu belajar bagaimana untuk mendapatkannya tetapi apa yang mereka belajar bagaimana untuk memusnahkannya.  Politik pejabat, politik dalam perniagaan dan politik dalam politik mempunyai persamaan yang jelas iaitu ilmu menjatuh itu harus lebih dari ilmu membangun.  Destroyers more than developers...AD keluar dari kepompong itu dan berhenti makan gaji dalam usia 36 tahun dan membina kekuatan baru ketika usia itu iaitu mencipta peluang dan merebut peluang.  AD terus bergerak membangunkan sumber manusia melalui kaedah perubahan sikap.  Memberi ceramah di dalam sektor-sektor swasta mahupun kerajaan dan mencipta ruang dan peluang di dalam explorasi percutian.

MENCIPTA PELUANG DARI MENUNGGU PELUANG
Masih berpegang kepada prinsip "tidak ada orang yang boleh mengubah diri kamu, kalau kamu sendiri tak mahu mengubahnya".  AD terus bergerak mencipta peluang dari menunggu peluang kerana peluang tak menunggu kita dan kita kena kejar peluang.  Bila kita belajar, setinggi mana pun kita ia ibarat seperti kita masuk ke dalam kursus rekrut tentera.  Semua ilmu dah diajar, ilmu hutan, ilmu ikhtiar hidup, ilmu penggunaan senjata, ilmu bertempur secara tektikal dan strategi dan segala ilmu lagi.  Bila buat silap, jurulatih menegur dan perbaiki kesilapan itu.  Begitu juga dengan latihan satu pasukan bola....semua dari segi tektikal, mental dan strategi dah di ajar...bila keluar berada di atas padang, jurulatih tak boleh buat apa.  Semua itu atas pertimbangan dan kecekapan berkerja secara pasukan yang telah diajar dan juga self-judgement mengikut kepintaran otak dan judgement emosi dan hati.  Begitu juga para graduan yang keluar dari universiti dan kolej, bila keluar pandai-pandai ler nak guna ilmu yang telah diajar.  Jika mempunyai kepakaran dan pandai dalam pelajaran sekali pun dan dari segi konseptual, teori, tektikal serta strateginya telah diajar....namun kalau masih mempunyai semangat terus ingin disuap dan tak mahu mencipta dan memikirkan sendiri bagaimana nak mencipta peluang dan ruang.  Mereka tetap hanyut seperti itu.  Bila berlaku kegagalan, sering menuding ke muka orang lain, tuding kerajaan, tuding pemimpin, tuding masyarakat, tuding jiran, tuding ahli keluarga dan sebagainya.  Lebih senang untuk menuding seperti lag "katak Oh katak" yang akhirnya "Memang makanan aku...memang makanan aku (silap dari sikap diri sendiri)".  Ironiknya kita tak mahu menuding ke muka diri sendiri...kenapa?.  Jika kita dikatakan hebat dalam pelajaran, tunjukkan lerr kehebatan kita dan buktikan pada orang lain yang persepsi orang lain itu salah dan buktikan bahawa se nye kita amat bernilai.

" Jangan biarkan persekitaran mempengaruhi kita, dan jadikan kita lebih dominan dan dapat mempengaruhi persekitaran"

InsyaAllah ada masa AD akan membebel lagi dalm catatan bacaan ringan ini dilain masa.  Teruskan memberi sokongan kepada AD untuk terus mengerakkan sel-sel otak agar bergerak dan berfikir.  Jika ia baik teruskan bersama AD dan jika ia tidak memberi menafaat ... lupakan blog AD ni yek hehehehe.

"Ala kita kan Adikberadik"

~Abg Duta~

No comments:

Post a Comment