Wednesday, 2 March 2016

SIAPA ANDA PADA HARI INI ADALAH HASIL PERILAKU SIKAP DAN TINDAKAN ANDA DI MASA LAMPAU


JOMMM TEROPONG...


PILIHAN? Ya, di dalam kehidupan apa sahaja yang berlaku adalah pilihan yang yang telah putuskan oleh kita.  Kita diberi ruang secukup-cukupnya untuk memilih.  Memilik untuk berfikir, memilih untuk menganalisa, memilih untuk membuat keputusan. Apakah kerjaya yang kita ingin ceburi, dengan siapa yang kita ingin berkahwin, di mana kita ingin tinggal, apa yang ingin kita lakukan pada hari ini, apa perancangan kita untuk hari esok dan paling penting APA YANG INGIN JADI PADA MASA HADAPAN adalah pilihan yang kita buat. Ini sahaja kebebasan yang kita ada di dalam hidup iaitu kebebasan untuk memilih. Bagi mengungguli kejayaan dan impian yang ingin kita capai, kita akan menjadi "hamba" kepada apa yang kita pilih. Segala usaha kita akan kita gembling dan pusatkan ke arah pekara yang ingin kita capai dan itu yang dinamakan daya usaha pemusatan (centered efforts).  Selebihnya Allah ayang akan menentukan.  Sesuatu yang amat spiritual dan bukan di bawah kawalan kita.

"TODAY'S DECISIONS FOR THE REST OF YOUR LIFE" (John C. Maxwell, Penulis dan juga Motivator)

Apa yang cuba ingin dikongsi di sini adalah hasil pembacaan dan pengalaman AD sebagai tenaga pengajar korporat (Corporate Trainer). Perkongsian ilmu adalah lebih bermanafaat apabila ia dikongsi dengan orang lain agar ia dapat memberi rangsangan atau panduan (guidance) untuk direnung, diteliti dan diamal jika ia terbukti kebenarannya. Jika diperhatikan beberapa pembuktian di bawah ia sedikit sebanyak boleh membuat kita memahami akan kebenarannya:-

SIKAP KITA ADALAH PILIHAN KITA
Kebarangkalian persekitaran kita bukan pilihan kita namun cara dan sikap kita untuk berhadapan dengannya adalah pilihan kita.

"Kita tidak boleh membiarkan persekitaran mengawal kita dan kitalah yang yang perlu mengawal persekitaran kerana kita mempunyai PILIHAN"

Kita mungkin pernah mendengar alasan bagi orang yang "tidak berjaya" kepada orang yang "sudah berjaya". Mereka mengatakan mereka yang sudah berjaya itu mempunyai "nasib yang baik" (just a luck) sedangkan mereka tidak menyedari bahwa perkataan yang mereka gunakan itu mempunyai implikasi kepada otak dengan mengatakan "tunggu, mungkin belum nasib aku lagi" atau "dah takdir aku". Sebab itu perkataan yang kita gunakan memberi rangsangan dorongan kepada apa yang kita lakukan. Kenapa perkataan "Tidak Berjaya" tidak boleh diganti dengan "Belum Berjaya". Bukankah dengan mengambil kira perkataan "belum berjaya" itu akan mempengaruhi kita untuk berkerja lebih kuat lagi sehingga boleh menjadi seorang yang berjaya. Tiada bezanya si "winner" dengan si "Loser", yang membezakan hanyalah si winner sentiasa mencari ruang dan peluang sedangkan si loser hanya menunggu ruang dan peluang.

Kita kerap membuat ekperimen (experiment) dengan menjadi pemerhati (observer) dan bukan sebagai pelaku (doer) dan kita membiarkan rakan-rakan kita mencuba sesuatu dengan mengatakan "kau cuba dulu, esok bila kau dah berjaya aku ikut". Sikap ini juga ayang akan menentukan antara si winner dan si loser.  Namun diperakui dan dipersetujui juga bahawa apa sahaja yang kita lakukan bukan di atas dasar melihat orang lain melakukan sesuatu lalu berjaya dan kita harus melakukan pekara yang sama.  Apa yang AD maksudkan di sini ialah perilaku kesungguhan dan perilaku pemikiran. Namun, subjek (pekara yang ingin dilakukan) mungkin berbeza....

ADALAH MUDAH UNTUK MENGEKALKAN SIKAP YANG BAIK DARIPADA UNTUK MENDAPATKAN SEMULA.
Kebanyakan permasalahan di dalam mengejar kejayaan adalah dengan adanya sikap negatif di dalam diri manusia. Sering melihat sesuatu usaha atau kejayaan itu dipengaruhi oleh satu faktor sahaja. kajian secara rawak terhadap peserta-peserta yang menghadiri program pembangunan usahawan yang AD jalankan, kebanyakan mereka apabila ditanya kenapa orang kita tidak boleh berniaga? atau kenapa tidak mahu berniaga?, jawapan yang "stereotype" mereka berikan iaitu tiada modal, kerajaan memberi modal terpilih hanya kepada golongan tertentu, tak mahu ambil risiko, tiada pengalaman, malas, dah terlambat, tidak berpelajaran dan sebagainya. Ia merupakan sikap yang tidak baik dan jika ini dikekalkan ia akan menjadi satu halangan yang paling besar untuk kita keluar dari kepompong kemiskinan kita sendiri. Adakah semua perniagaan itu perlukan satu dana yang besar? Sedangkan jika satu dana yang besar diberikan sekali pun jika tidak tahu untuk mengurus ia akan musnah begitu sahaja. banyak jenis perniagaan kecil-kecilan yang boleh dilakukan dan jika ia diurus dengan baik hasilnya lebih hebat dari jenis perniagaan yang besar. Sebagai contoh perniagaan trading, mengambil barang dari orang lain untuk dijual kepada orang lain. Jika kita mempunyai kepakaran perundingan (negotiation skills), malah kita tidak perlukan modal sedikit pun. Menggunakan kelebihan orang lain dan sedikit usaha kita menggunakan ruang dan peluang akan menjadikan kita bergelar usahawan yang membawa pulangan. Apa yang penting membawa satu contoh barangan untuk dibentangkan kepada pelanggan dan apabila pelanggan berkehendak, kita hanya mengambil pesanan dan ambil pembayaran ketika penghantaran atau sebaliknya. Itu yang dinamakan "work smart"...

"Tidak ada seseorang pun yang boleh mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri"

SIKAP KITA MENENTUKAN MASA DEPAN KITA
"Apa yang ada pada kita pada hari ini adalah disebabkan sikap kita dan usaha kita di masa yang lalu.  Jika kita berjaya pada hari ini  ia juga disebabkan usaha kita dan perilaku kita di masa yang lepas.  Jika kita belum berjaya pada saat ini juga merupkan sikap dan perilaku kita di masa yang lepas.  Dan jika kita merangka sesuatu di masa hadapan juga ia bermula daripada perubahan sikap dan perilaku kita di masa sekarang (Sebagai muslim kena percaya semuanya sudah tertulis namun jika kita ingin perubahan Allah dah kata berusaha dan terus berusaha, tawakal dan berdoa.  Maka Allah akan perkenankan doa-doa hamba-Nya yang meminta dan berdoa. AD percaya ugama lain juga mempunyai konsep takdir dan kosep berdoa mengikut kepercayaan mereka) dan juga adalah disebabkan oleh tindak tanduk kita serta sikap kita pada hari ini"

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah setapak dan jika kita tidak melakukan sesuatu pada hari ini bermakna esok juga kita akan melalui pekara yang sama yang ada pada hari ini. Pembuktian kejayaan seseorang itu sebagai seorang usahawan bukan semata-mata disebabkan dari segulung ijazah. Ia banyak diterjemahkan dari sikap seseorang itu terhadap usaha dan kerja keras dan melihat perniagaan itu sebagai sesuatu kerjaya yang meyakinkan.

NOTA PERKONGSIAN: Bagi yang telah berjaya dalam perniagaan jangan lupa:-
1. Terus berzakat perniagaan dan bersedekah kerana rezeki yang ada dan diberi oleh-Nya memang untuk dikongsi kepada mereka yang kurang berkemampuan.

2. Terus menyumbang, menyokong dan membimbing rakan usahawan yang lain dengan pelabagai cara seperti menyalurkan ruang dan peluang yang ditemui kepada rakan-rakan usahawan yang lain jika itu bukan jenis perniagaan kita. Memberi tip-tip berguna kepada rakan usahawan tentang selok belok perniagaan. Atau, ia boleh sahaja dijadikan rakan strategik perniagaan berdasarkan faedah "menang-menang" (WIN-WIN).

3. Sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan rakan usahawan yang lain. Hubungan yang strategik ini sudah pasti melebarkan lagi perniagaan kita di masa hadapan.

~INGAT!!!! KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL PADA HARI INI AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN KITA~

"Ala kita kan Adikberadik"

No comments:

Post a Comment